Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: “Barang siapa yang senang Allah mengabulkan doanya ketika
dalam keadaan sempit serta berduka maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam
keadaan lapang.” (HR At-Tirmidzi 3304, Hadis Hasan)
WAKTU-WAKTU
YANG MUSTAJABNYA DOA
Oleh :
Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih
Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih
Allah
memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di
antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi
kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka
bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim
seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar
mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun
waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah
(1).
Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu
Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda.
“Ertinya :
Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke
langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa
yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan
perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya” .
(Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
(2). Tatkala
Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari
Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya :
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak
ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775.
Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam
Misbahuz Zujaj 2/17),
(3). Setiap
Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu
Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang
doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, baginda Shallallahu
‘alaihi wa sallam menjawab.
“Artinya :
Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu”.
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
(4). Ketika
Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl
bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda.
sallam bersabda.
“Artinya :
Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan
dan doa ketika perang berkecamuk”. (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540.
Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189.
Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq
Alal Misykat 1/212 No. 672).
(5). Sesaat
ketika Hari Jum’at
Dari Abu
Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda.
“Artinya :
Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)
Waktu yang
sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat
menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah
disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.
Dan
kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke
mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar
bagi orang yang menunggu shalat maghrib.
(6). Ketika
Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan
Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari ‘Amr
bin ‘Anbasah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda.
“Artinya
:Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari
kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan
mengabulkannya” . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh
Al-Mundziri 1/371 No. 595)
Terbangun
tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)
Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.
Yang dimaksudkan dengan “ta’ara minal lail” terbangun dari tidur pada malam hari.
(7). Doa Di
antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas
bin Malik Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda.
sallam bersabda.
“Artinya :
Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah”. (Sunan Abu Daud, kitab
Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/87. Sunan
Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul
Minnah hal. 139)
(8). Doa
Ketika Waktu Sujud di Dalam Shalat
Dari Ibnu
Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda.
“Artinya :
Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu
sangat tepat untuk dikabulkan”. (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An
Qiratul Qur’an fi Ruku’ wa Sujud 2/48)
Yang
dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.
(9). Ketika
Saat Sedang Hujan
Dari Sahl
bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda.
“Artinya :
Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu
hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114.
Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078).
Imam
An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau
jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan
hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).
(10). Ketika
Saat Ajal Tiba
Dari Ummu
Salamah bahawa Rasulullah ‘alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada
hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau
‘alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda.
“Artinya :
Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
mengikutinya’ . Semua keluarga histeria. Baginda ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”. (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
mengikutinya’ . Semua keluarga histeria. Baginda ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan”. (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)
(11). Ketika
Lailatul Qadar
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Artinya :
Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur
segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”. (Al-Qadr :
3-5)
Imam
As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap
orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)
(12). Doa
Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr
bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya :
Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab
Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
Jamiud Da’waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta’liq alal Misykat 2/797 No. 2598)
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !