SEKITAR 23 Ogos
tahun 79 Masehi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan
sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual
beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama
lain.Sehinggalah tiga hari kem
udian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.
udian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.
Seterusnya
selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi
antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipaten sejarah. Tiada
siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.Masa terus berlalu sehinggalah
ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung
berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek
tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu
terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh
tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan
berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari
gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius
meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya
termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh
enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas
beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan
berkenaan.Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah
‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika
itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya
terbongkar.Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai
persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.
Malah, lebih
mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut
dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia
dalam keadaan menggerunkan.
Antara penemuan
aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi
patung batu ketika sedang menjamu selera.Lebih menakutkan adalah kejadian
misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’
sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang
mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Malah, jelas
kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan
ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara
tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii.
Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau
Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian
berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik
kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya
membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas
kemanusiaan.Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah
alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuranberkenaan.Masyarakat
Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang
menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan
secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama
aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba
gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya
meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.Tiada seorangpun daripada
penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta
melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan
penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
p/s:tolong
sebarkan info ini kepada umat islam yang lain supaya kita semua lebih
berwaspada ingat jika bala yang berlaku bukan seorang yang terkena namun semua
org turut terkena jadi sebarkan info ini demi mengingati semasa muslim
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !