Pensyari’atan
janggut dalam Islam adalah khusus bagi laki-laki (bukan pada wanita) dan bagi
mereka yang memang Allah dikurniakan janggut yang tumbuh di pipi dan dagunya.
Jika memang seseorang yang “dari sananya” tidak tumbuh janggut, tentu tidak
dikenakan kewajiban (memelihara) janggut. Allah telah berfirman: “Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” [QS. Al-Baqarah:
286].
Ada begitu
banyak hadis Nabi yang menyuruh lelaki untuk memelihara janggut.
“Potong
pendeklah misai dan biarkanlah (peliharalah) janggut.” (HR. Muslim no. 623)
“Selisilah
orang-orang musyrik. Potong pendeklah misai dan biarkanlah janggut. “(HR.
Muslim no. 625)
“Beliau
shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk memotong pendek misai dan
membiarkan (memelihara) janggut.” (HR. Muslim no. 624)
“Pendekkanlah
misai dan biarkanlah (perihalah) janggut dan selisilah Majusi.” (HR. Muslim no.
626)
Selain
dalil-dalil di atas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga sangat tidak suka
melihat orang yang janggutnya dalam keadaan tercukur.
Ketika Kisro
(penguasa Persia) mengutus dua orang untuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wa
sallam. Mereka menemui beliau dalam keadaan janggut yang tercukur dan misai
yang lebat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka melihat
kedua-duanya. Beliau bertanya, “Celaka kalian! Siapa yang memerintahkan kamu
seperti ini? “Keduanya berkata,” Tuan kami (iaitu Kisra) memerintahkan kami
seperti ini. “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,” Akan tetapi,
Rabb-ku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan menggunting kumisku.
“(HR . Thabrani, Hasan. Dinukil dari Minal Hadin Nabawi I’faul Liha)
Lihatlah
saudaraku, dalam hadis yang telah kami bawakan di atas menunjukkan bahawa
memelihara janggut adalah suatu perintah. Memangkasnya dicela oleh Nabi
shallallahu ‘alaihi wa sallam. Menurut kaedah dalam Ilmu Ushul Fiqh, “Al Amru
lil wujub” iaitu setiap perintah menunjukkan suatu kewajipan. Sehingga
memelihara janggut yang tepat bukan hanya sekadar anjuran, namun suatu
kewajipan. Di samping itu, maksud memelihara janggut adalah untuk menyelisihi
orang-orang musyrik dan Majusi serta perbuatan ini adalah fithrah manusia yang
dilarang untuk diubah.
Melalui
hadis-hadis di atas, memelihara janggut tidak selalu Nabi kaitkan dengan
menyelisihi orang kafir. Hanya dalam beberapa hadits namun tidak semua, Nabi
kaitkan dengan menyelisihi Musyrikin dan Majusi. Sehingga tidaklah benar
anggapan bahawa perintah memelihara janggut dikaitkan dengan menyelisihi
Yahudi.
Maka
sudah sewajarnya setiap muslim memperhatikan perintah Nabi dan celaan beliau
terhadap orang-orang yang menggunting janggutnya. Jadi yang lebih tepat
dilakukan adalah memelihara janggut dan memendekkan misai.
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !